Wednesday, September 17, 2008

Men and Love

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh
perhatian kepadanya

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta
perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan

HARGAILAH MEREKA

No comments: