Wednesday, November 26, 2008

Mehnah kepada Mawaddah dan Rahmah



Salam.
In this entry I am not trying to preach and be someone I am not. Who am I to speak about religious matters? All I am is a Muslim whom is surrounded by wrongdoings and lack of Iman. However, that should not stop me from educating myself from religious matters, as one should move forward to make oneself a better Muslim. I will not disagree that we’re bound to commit sins every now and then, but the Almighty persuades us to be educated through Al-Quran and to educate others too. So here I am, sharing an article taken from http://saifulislam.com, which I found in Hanna’s blog.

Therefore, i hope all my friends and fellow Muslims, fathers and mothers, husbands and wifes, future brides and grooms to read this entry with an open heart. May you b inspired as i am.

Thank you Hanna for sharing such interesting sites and thank you to Ustaz Abu Saif for opening my eyes and mind to the greatness of beautiful Islam.

Mehnah Kepada Mawaddah dan Rahmah

KESUNGGUHAN MENYELESAIKAN MASALAH
Seperkara yang harus disedari oleh para suami, talak dan poligami bukannya HAK milik mereka, tetapi TANGGUNGJAWAB untuk ia diuruskan sebaik mungkin.

Tatkalau suami membayangkan bahawa talak atau poligami itu adalah HAK dan bukannya AMANAH yang diberikan Allah atas kurniaan jati dirinya sebagai lelaki, suami itu membelakangkan Allah dan mendustakan-Nya dengan memutuskan kaitan talak dan poligami itu dengan Allah.

TERTIPU OLEH PERASAAN
Tatkala seorang suami berkenalan dengan cinta kedua, isteri yang sedia ada sering kelihatan buruk celanya. Serba serbi tidak kena. Cinta kedua itulah ‘penemuan sejati’ yang terlewat tapi belum terlambat.

Suami terlupa bahawa hubungannya dengan isteri pertama banyak dibelenggu oleh tekanan dan bebanan. Ia datang dari tanggungjawab yang sudah terpikul di atas bahu mereka berdua. Anak-anak, harta benda, kewangan dan pelbagai lagi. Semua itu menjadi sumber tekanan, dan mustahil hubungan nampak indah dalam keadaan masing-masing tertekan dan terbeban.

Akan tetapi segalanya nampak indah pada cinta kedua, kerana di situlah ditemui ketenangan.

Bergaduh dengan isteri di rumah, lari kepada cinta sejati yang setia.
Luahkan segalanya kepada dia.

Dia sungguh memahami.

Tetapi suami itu terlupa bahawa hubungan cinta kedua itu indah kerana ia belum datang dengan tanggungjawab. Belum ada komitmen. Hanya cinta dan perasaan yang cantik-cantik belaka. Justeru tidak rasional untuk sang suami membandingkan cinta keduanya dengan isteri pertama di dalam rumah. Amat salah alasan suami bahawa beliau yakin kekasihnya bakal membahagiakan, tanpa meneliti akan perihal tanggungjawab yang bakal mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA (kali berikutnya).

Berkahwin kerana perasaan tanpa mempedulikan tanggungjawab dan bebanan, adalah kebudak-budakan yang mengundang kehinaan. Kematangan usia gagal mematangkan pertimbangan.

SI MANIPULATIF ITU
Baikkah perempuan yang mengambil peluang dari mehnah yang sedang membelenggu suami dan isteri itu?

Tatkala mereka berdua sedang berjuang untuk menyelamatkan sebuah bahtera dengan anak-anak yang antara timbul dan karam itu, bagaimanakah rupa hati seorang perempuan yang datang menawarkan perahu ‘penyelamat’ untuk si lelaki dengan memejamkan mata terhadap nasib perempuan dan anak-anak di dalam kapal yang terumbang ambing itu? Apakah nilai iman dalam dirinya?


Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan kamu saling berdengki, saling memuji barang untuk melariskannya, saling membenci, memulau dan jangan antara kamu yang membeli atas pembelian orang lain, hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak menzaliminya, tidak menghinanya. Taqwa itu di sini-baginda mengisyaratkan kepada dadanya sebanyak tiga kali-. Cukuplah seseorang itu melakukan kejahatan dengan menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim darahnya, hartanya dan maruahnya haram ke atas muslim yang lain. (Muslim)

Apakah rasional seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang tiada belas terhadap seorang perempuan lain yang memiliki hati dan diri sepertinya? Bagaimana pula dengan anak-anak itu? Sungguh, tiada justifikasi terhadap perbuatan sakit menyakiti seperti ini kecuali kerana masing-masing saling memandang dengan pandangan nafsu.

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah : Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka . (Riwayat al-Bukhari)

TERBALIK
Perbuatan menzalimi perempuan, apatah lagi dengan alasan-alasan agama, inilah modal yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyabitkan penindasan Islam ke atas wanita. Perempuan sering tersepit di jalan mati, ketika lelaki bersenang lenang dengan pelbagai pilihan di tangannya yang didenifiniskan sebagai HAK, bukan lagi AMANAH dan TANGGUNGJAWAB.

Mungkin jenayah terbesar di sebalik krisis-krisis ini ialah pemahaman-pemahaman yang salah terhadap hak dan peranan dalam rumahtangga, hingga penindasan, penganiayaan dan penderaan fizikal atau emosi anggota keluarga, merebak tanpa jelas kelihatan penyelesaiannya. Hingga suami tanpa sedar menjadi male chauvinist yang dicela Tuhan.


Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa kekelebihan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tnggi, lagi Maha Besar. [Al-Nisaa' 4: 34]

MAWADDAH DAN RAHMAH


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [Al-Room 30: 21]

Mawaddah itu adalah cinta yang terhasil, kesan dari usaha menyemainya di dalam jiwa antara suami dan isteri. Mawaddah hanya ada antara suami dan isteri, sebagai cinta yang diperjuangkan dalam sebuah rumahtangga. Segala susah payah yang diharungi dengan jiwa memberi oleh suami dan isteri menyuburkan mawaddah ini…

TIDAK MUDAH
Tidak mudah untuk saya ungkapkan hal ini. Ia lebih kepada usaha meredakan keresahan diri tatkala beberapa kes dengan plot dan jalan cerita yang sama, mendatangi kehidupan.

Kepada sang suami, isteri dan isteri atau bakal isteri, pulanglah kepada Allah sebagai hamba-hamba-Nya. Hamba yang tidak pantas bercakap tentang HAK, kerana kehambaan itu hanyalah pada tanggungjawab, memberi dan berperanan…

2 comments:

linkam4ever said...

salam..

love to read your blog..keep up in sharing gooddess things..

regards

MarlissaMusa said...

dura,
good sharing!